Saturday, September 20, 2008
APELA
1.How old are you?
Urm...Xpayahla tau ek...tp still muda n chantek
2. Are you single?
Single kew aku?ye kot...eh tak...erm ye kot...hmm ape2 la
3. In what age do you think you’ll get married?
27 kot...hihihi....
4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now??
Of coz..his my soul
5. If not, who do you want to marry?
xmo org len..
6. Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
Garden...or beach kot..busan plak asik tradisional jew..tp mak aku kasi kew?hehehe..tp klu nikah jew lagi bagus...
7. Your ideal motif?
No idea..
8. Where do you plan to go on a honeymoon?
Sabah...
9. How many guests do you think you’ll invite?
Ntahla...xpenah terpikir pun...tanye la mak aku..
10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
Simple...cukupla...
11. Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own??
Org melayu n muslim xbuat benda ni daaaaa...
12. How many layers of cake do you want to have?
Xmo kek kot..buang duit...nak jimat kos...hehehehehe
13. Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
Simple place..
14. When do you want to get married, evening or morning?
Evening....len dr yg len...
15. You’d rather have your reception outdoors or indoors?
byk lagi kew soklan nye...nie
16. Do you like a grand entrance for your groom?
Xpayah..jimat2
18. Name the song/tune you’d like played at your wedding??
Goyank inul....goyank yookkk...
19. Are you a morning person or a night person?
hmm ntahla
20. Do you want a solemn ceremony or a light one?
adoi...aku nak jimat la....nikah jew...dah dah...manyaknye soklan ko...
21. What age do you want to get married?
aku rase dah jwb soklan nih...aku tau la...aku lmbat sket kawen..thn dpn aku kawenla...kecoh toll..
22. Describe your ideal husband/wife.
hmm...ikut ske ati aku...aku ske mcm mane...xle nk ckp
23. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
Pakai tangan jew...smbil menjilat jari...
24. Champagne or red wine?
Haroooommm...
25. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Day after...letihla...klu nak pi trus..
26. Money or hosusehold item?
both..
27. Who will pay for the bills?
Papakuss..
28. are you ready for married life?
Thn Depan....
29. Do u think you will still be a virgin until u get married?
Insyallah...hue3...ape soklan nih...
30. Will u always be true to your wife/husband?
Insyaallah...
31. How many kids do u like?
2 or 3
32. A new house for a newly wed or an old one?
Xkisah...jan umah xde bumbung or umah org mati bunuh diri or kene bunuh sudah...hiiiiiiiii...seram
33. Will u celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
Diamond...
34. What kind of cuisine would u like for ur wedding?
Mak aku mesti uwat masakan minang punye...
35. Will u record ur honeymoon in a cd or dvd?
Oit2...mane bule...
Akhirnye...abes soklannye...adoi...soklan ulang2 adei2....dah abis bace nih..pi wat kije...
Tuesday, September 16, 2008
DEMAM KUNING
Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.
Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut -
- Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
- Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
- Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
- Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
- Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
- Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
- Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
- Keturunan.
Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada bahagian mata putih bayi. Pemeriksaan bayi untuk penyakit demam kuning patut dibuat dalam cahaya matahari ataupun dibawah lampu panjang putih (fluorescent). Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan dengan menimbangkan umur dan faktor perubatan yang lain. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi. Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.
Ibu bapa perlu merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam kelahiran, yang membabitkan bahagian tangan dan kaki, atau bayi demam melebihi 37.8 darjah Selsius (100 darjah Fahrenheit), atau bayi kelihatan lemah dan tidak sihat. Bagi bayi bawah 5 tahun, suhu dalam dan luar badan perlu diperiksa. Doktor juga perlu dirujuk sekiranya warna kuning semakin ketara selepas 7 hari, demam kuning masih kekal selepas 15 hari, bayi tidak bertambah berat badan, atau anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi.
Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Antara faktor lain yang meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah.
Jenis-jenis Demam Kuning
Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-
- Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.
- Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
- Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.
- Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.
- Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.
-
Tujuan rawatan fototerapi ialah untuk mengawal kenaikan bilirubin agar ia tidak mencapai pada tahap merbahaya dan menjejaskan otak bayi. Jangka masa rawatan fototerapi bergantung kepada paras bilirubin dalam darah bayi. Sekiranya paras bilirubin dalam darah terlalu tinggi, darah bayi mungkin perlu ditukar dengan darah penderma yang bersesuaian (exchange transfusion). Ketika rawatan fototerapi bayi akan ditanggalkan pakaiannya dan mata bayi akan ditutup bagi melindungi mata bayi daripada cahaya yang berlebihan.
Sepanjang masa bayi mendapat rawatan untuk demam kuning, adalah penting bayi diberi susu sebanyak mungkin untuk mengelakkan kekeringan dan juga untuk menurunkan paras bilirubin dalam darah. Lebih kerap bayi menyusu lebih cepat bilirubin dikeluarkan daripada badan bayi melalui najis. Rawatan traditional seperti menjemur bayi dibawah sinar matahari pagi tidak lagi sesuai. Ini disebabkan perbuatan ini boleh menyebabkan bayi kekeringan dan dengan itu meningkatkan lagi kadar bilirubin dalam darah bayi. Selain itu cahaya yang terik boleh memberi kesan kepada mata bayi yang masih kecil itu.
p/s : kenape aku ltak artikel ni?hmm Mira anakku itu masuk hospital...sbb demam kuning nih..tahap kekuningan dia tinggi....aku risau btol...takotla...klu effect kt dia....korang doala skali ek...harap2 xde ape2...Mira cpatla blek...mama sedey tgk Mira mcm tu...
Friday, September 12, 2008
OUR NEW TEAM MEMBER
So kt umah dah ade lagi sorg pinkygurl...muahauahua...pening la abang...dia sensorang jew laki...hihihihih...i lap u meera....wink